Gigi anda adalah salah satu aset anda yang paling penting. Oleh itu, sangat penting untuk kita kekalkan kesihatan gigi yang optimum. Kami di Beyond Dental Care menawarkan penjagaan pergigian yang menyeluruh untuk anda dan seisi keluarga anda!
Kami menawarkan hampir semua rawatan pergigian profesional termasuk pemeriksaan, konsultansi dan sebarang rawatan pergigian yang diperlukan. Team kami akan mendidik anak-anak anda tentang kebersihan mulut dan ini dapat membantu mereka mengekalkan senyuman yang sihat dan cantik sepanjang hayat mereka.
Rawatan komprehensif kami meliputi semua keperluan pergigian anda, termasuklah scaling, polishing, cabut gigi, tampal gigi, crown, bridges, whitening dan implan.
Apabila anda lakukan check up disini, kami akan pastikan oral anda kekal dalam kesihatan yang optimum. Jika ada sebarang masalah, ia akan dikenal pasti diperingkal awal.
Rawatan kebersihan gigi akan menghilangkan karang gigi di sekeliling gusi. Jika ia tidak dirawat, ini boleh menyebabkan gusi berdarah, nafas berbau dan kerosakkan gigi.
Kami menyediakan cara paling selamat, mudah dan berkesan untuk memutihkan gigi anda dan kami menggunakan teknik terkini yang terbukti selamat secara klinikal.
Invisalign adalah antara rawatan popular untuk meluruskan gigi di sini. Menggunakan aligner yang boleh ditanggalkan dan hampir tidak kelihatan, ia akan menggerakkan gigi anda secara berperingkat hinggalah kepada kedudukan yang diingini.
Kami sediakan rawatan tampal gigi dan crown/bridges yang kelihatan semula jadi seperti gigi asli. Ia dibuat dari bahan berkualiti terbaik untuk mengembalikan senyuman sempurna anda.
Sekiranya anda mengalami kecemasan, kami di Beyond Dental Care boleh membantu anda. Ini termasuklah rasa sakit yang kuat, gigi yang patah, atau crown/bridges tercabut, doktor gigi kami bersedia untuk merawat anda!
Jika anda kehilangan gigi, kami mempunyai pilihan untuk membantu anda. Rawatan seperti implan gigi, crown/bridges atau denture akan membuat anda kembali tampil dengan yakin.
Cabut gigi ada penyingkiran satu atau lebih gigi dari mulut. Jika anda mempunyai gigi yang rosak teruk, rasa sakit melampau, atau sakit gusi, rawatan cabut gigi mungkin diperlukan untuk mengelak kerosakkan lebih lanjut.
Bersedia untuk mengembalikan senyuman yang sihat dan menawan bersama Beyond Dental Care? Tempah temujanji anda dengan kami hari ini!
Kami mengalu-alukan pesakit baharu dan tidak sabar untuk bertemu dengan anda.
Mon – Fri: 10:00am – 6:30pm
Sat & Sun: 10:00am – 5:00pm
Public Holiday: Closed Selective
Phone: 03-80404877 / 016-2239909
WhatsApp: 016 – 223 9909