Manjakan diri anda dengan meluangkan masa menjaga kesihatan gigi di spa pergigian kami. Anda akan berasa segar dan bersedia untuk menakluk hari anda dengan senyuman penuh keyakinan. Doktor gigi kami bersedia untuk memberikan pengalaman rawatan pergigian yang terbaik. Dengan adanya teknologi terkini, ruang yang selesa, kepakaran dalam bidang pergigian, kami akan jadikan lawatan anda ke klinik kami sebuah pengalaman yang positif dan menenangkan.
Di Beyond Dental Care, kami menggunakan peralatan, bahan dan teknik terkini untuk memberikan anda rawatan yang terbaik dan kualiti tinggi di samping persekitaran yang selesa dan santai. Untuk scaling yang tidak menyakitkan kami menggunakan teknologi PTX Air Polisher. Ia selamat, tidak menyakitkan dan berkesan.
Penjagaan gigi dan gusi daripada karang gigi boleh mengelakkan gigi berlubang dan bantu kekalkan gigi asli anda untuk jangka masa panjang. Jika anda inginkan gigi yang bersih dan sihat, dapatkan rawatan scaling dengan harga serendah RM90 dan rawatan selesai dalam masa 30 minit.
Scaling adalah kaedah untuk membuang karang gigi, melindungi enamel anda dan memastikan gigi dan gusi anda sihat. Selepas scaling, bakteria tidak boleh melekat pada permukaan gigi yang bersih dan licin. Jika anda boleh mengekalkan tabiat pembersihan yang baik diusia muda, kesihatan gigi akan kekal sehingga usia lanjut.
Doktor gigi seluruh dunia menasihati supaya melakukan scaling setiap 6 bulan sekali untuk mengekalkan gigi yang sihat. Bila kali terakhir anda lakukannya?
Kami mengalu-alukan pesakit baharu dan tidak sabar untuk bertemu dengan anda.
Mon – Fri: 10:00am – 6:30pm
Sat & Sun: 10:00am – 5:00pm
Public Holiday: Closed Selective
Phone: 03-80404877 / 016-2239909
WhatsApp: 016 – 223 9909