Scaling & Polishing

Penjagaan gigi dan gusi daripada karang gigi boleh mengelakkan gigi berlubang dan bantu kekalkan gigi asli anda untuk jangka masa panjang. Jika anda inginkan gigi yang bersih dan sihat, dapatkan rawatan scaling dengan harga serendah RM90 dan rawatan selesai dalam masa 30 minit.

Apakah itu Scaling?

Scaling adalah kaedah untuk membuang karang gigi, melindungi enamel anda dan memastikan gigi dan gusi anda sihat. Selepas scaling, bakteria tidak boleh melekat pada permukaan gigi yang bersih dan licin. Jika anda boleh mengekalkan tabiat pembersihan yang baik diusia muda, kesihatan gigi akan kekal sehingga usia lanjut.

Mengapa Anda Perlukan Rawatan Scaling

Elakkan Masalah Gigi Dengan Scaling Kami

Doktor gigi seluruh dunia menasihati supaya melakukan scaling setiap 6 bulan sekali untuk mengekalkan gigi yang sihat. Bila kali terakhir anda lakukannya?